Pemuda PAS Sarawak gesa kerajaan kembalikan subsidi petrol



Kembalikan subsidi petrol dan diesel, kawal harga minyak
Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan mengembalikan subsidi petrol dan diesel bagi mengawal harga bahan api. Dengan harga minyak mentah di pasaran semakin pulih, harga petrol dan diesel akan semakin meningkat.

Pemuda PAS Sarawak juga mengecam tindakan tindakan merahsiakan kenaikan harga petrol kepada umum, dengan mengambil sikap tidak mengumumkan kenaikan harga secara rasmi kepada pengguna, yang dilihat sebagai satu langkah mengelirukan pengguna. Rakyat selaku pengguna dan pemilik hasil bumi negara sebenar, seharusnya dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan. Dengan langkah ini, kerajaan seolah-olah merahsiakan dan menipu rakyat terhadap kenaikan harga ini.

Kenaikan harga bahan api tanpa kawalan, yang bergantung sepenuhnya dengan harga semasa minyak mentah bakal memburukkan lagi inflasi yang telah menjejaskan kuasa beli rakyat tahun ini. Dengan GST yang mengakibatkan kenaikan harga barangan, ditambah pula dengan harga bahan api yang tidak menentu, pastinya memburukkan lagi kadar inflasi semasa.

Menurut Statistik Indeks Harga Pengguna (CPI), Jabatan Perangkaan, GST telah mengakibatkan kenaikan kadar inflasi 1.8% selepas penguatkuasaan GST. Kami menganggarkan kenaikan kadar inflasi lebih 1% kesan daripada kenaikan harga bahan api yang tidak dikawal kerajaan. Mangsanya ialah rakyat golongan pertengahan dan bawahan.

Golongan atasan pula, tidak akan terjejas kerana mereka mampu mengaut keuntungan berganda melalui transaksi luar biasa seperti 1MDB.

Kesan kepada warga Borneo, seperti yang sentiasa kami nyatakan, bakal berganda ditambah dengan gesaan rakyat agar Polisi Kabotaj dikaji semula atau dibatalkan terus masih belum mendapat perhatian serius oleh pemerintah.Nasib dan hak Sabah dan Sarawak tidak wajar diambil mudah oleh kerajaan persekutuan.

Mohamad Arifiriazul Bin Paijo

Ketua Pemuda PAS Sarawak
Exco Lajnah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget