SETIAP tahun PAS Miri akan terus menjalankan aktiviti kebajikan bersama masyarakat setempat di sekitar Miri dan juga Lambir.
Antara aktiviti itu ialah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan untuk fakir miskin dan mereka yang layak menerima sumbangan.
Sepanjang bulan ramadhan ini PAS Miri memberi sumbangan lebih dari 300 pek beras dan lain-lain barang keperluan untuk sambutan Hari Raya Idul Fitri kepada golongan asnaf yang layak menerima zakat dan juga menyampaikan hampers kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, polis, kastam, imegresen, hospital awam dan lain-lain agensi kerajaan.
Di samping itu PAS juga menyampaikan risalah keselamatan untuk pengguna dan juga memberi buah kurma dan biskut Raya kepada lebih dari 1000 orang penduduk sekitar Miri dan juga di Lambir sepanjang bulan Ramadan ini.
Dengan adanya aktiviti sebegini sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambut Idul Fitri.
Sambutan amat mengalakkan dari semua peringkat serta kerjasama dengan orang ramai dan juga agensi kerajaan menunjukan PAS dapat diterima oleh berbagai golongan masyarakat.
Sempena menyambut bulan syawal yang menjelang tiba, saya bagi pihak PAS Sarawak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Berhati-hati ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. – HARAKAHDAILY
Post a Comment