GHB yakin kerjasama PKR dan DAP Sarawak: Andri Zulkarnaen



GHB Sarawak telah mengenalpastikan figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.

"Kami yakin GHB akan diterima oleh rakyat Sarawak berdasarkan kepada maklum balas yang kami terima setakat ini. Rakyat Sarawak akan menerima kehadiran GHB kerana kami mengamalkan prinsip terbuka, inklusif, progressif dan tidak jumud dan tertutup kepada semangat perkauman, melampau dan sempit", kata Andri Zulkarnaen, jrucakap bagi pihak GHB Sarawak.

Tambahnya lagi, setakat ini GHB bergerak atas kapasiti sebuah NGO dan bukannya sebuah parti politik sehinggalah sebuah parti politik yang sah ditubuhkan. Ianya dijangka akan ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 2015.

"GHB Sarawak akan menumpukan gerakerja memperkemaskan jawatankuasa, atau belum berparti. Kami mengamalkan sikap terbuka di mana sesiapa sahaja boleh menganggotai GHB tanpa mengira kaum dan agama", kata Andri yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Sarawak.

"GHB Sarawak seperti juga GHB Pusat tetap bersikap lunak dengan PAS kerana musuh sebenar kami bukannya PAS tetapi BN yang terus meneruskan mengamalkan pemerintahan yang korup dan menindas rakyat. Kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam usaha menubuhkan kerajaan baru di Sarawak dan Malaysia", tambahnya lagi.

Menurut beliau, GHB Sarawak juga yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan mereka sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baru nanti. "Kami sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa," ujarnya.

Andri yang juga sebelum ini dicanang sebagai bakal calon PAS Santubong itu turut berkata, GHB Sarawak juga bersedia untuk meletakkan calon pada Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang ini. Samada kami bertanding atas tiket parti baru, parti lain atau bebas ianya belum diputuskan lagi.

"GHB Sarawak bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan dari sesiapa sahaja bagi memantapkan GHB Sarawak bagi melengkapkan diri kami untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya".-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget