Aziz DAP: Menteri BN gagal urus harga getah



Kenapa harga getah sekilo di pasaran terlalu rendah iaitu RM2.00? Untuk dapatkan sekilo getah, kamu terpaksa menoreh 10 batang pokok sepanjang 30 meter untuk dapatkan RM2.00! Betapa susahnya hidup penoreh getah berhadapan dengan pasaran kapitalis! Sepatutnya harga getah ditetapkan dengan harga RM3.80 sekilo! Kenapa teruk sangat Menteri kita menguruskan ekonomi? Dulu getah merupakan bahan eksport utama negara, sekarang bagaimana? Pihak kerajaan perlu menetapkan harga getah ke paras yang lebih tinggi untuk meningkatkan pendapatan penoreh getah. Bukannya memotong subsidi rakyat!

Setakat 7 Julai 2015, harga getah sekilo bagi Sarawak adalah RM1.60, Sabah RM2.05 dan Semenanjung RM2.20. Harga getah di pasaran semakin merosot. Harga getah sekilo tertinggi pada tahun 2015 di Sarawak adalah RM1.85, Sabah RM2.20 dan Semananjung RM2.30! Penoreh getah kerugian 25 sen di Sarawak, 15 sen di Sabah dan 10 sen di Semenanjung!

Pihak kerajaan terutamanya Lembaga Getah Malaysia sepatutnya mengawal kejatuhan harga getah dengan menetapkan harga RM3.80 sekilo bagi mengurangkan beban penoreh getah. Tidak mustahil untuk menetapkan harga getah jika pihak kerajaan telus dan amanah dalam pengurusan wang negara dan tidak menarik subsidi. Jika kerajaan menaikkan harga getah, nescaya penoreh getah akan memperolehi untung yang besar dan ianya tidak banyak mengganggu kadar eksport getah.

Dunia ini tetap memerlukan getah dan jumlah pemintaan getah akan sentiasa meningkat. Memandangkan kita adalah antara negara pengeluar getah, maka pihak kerajaan tidak perlu khuatir untuk meningkatkan harga getah kerana ianya banyak memberi faedah berbanding kerugian. Jika ada pun kerugian yang dialami, ianya cuma memberi kesan minima ke atas pemintaan namun tetap menghasilkan keuntungan. Jika pendapatan penoreh getah bertambah, ianya akan meningkatkan taraf hidup mereka dan akan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani isu kejatuhan harga getah di Malaysia. Malaysia harus merancakkan lagi industri getah dengan menyelaraskan harga getah sesuai dengan pasaran semasa.

ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget