Strategi Kerajaan Sarawak Berjaya Turunkan Jumlah Setinggan

KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Jumlah ketua isi rumah setinggan di Sarawak menurun 23 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2010 hasil pelaksanaan pelan tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.

Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Rabu berkata data bancian Jabatan Tanah dan Survei negeri menunjukkan 7,520 orang ketua isi rumah setinggan masih menduduki tanah kerajaan sehingga Mac tahun ini berbanding 9,760 orang dalam 2010.

"Sejak Februari 2010 sehingga Mac 2014 apabila Pelan Tindakan Penyelesaian Setinggan dilaksanakan, semua 11 Bahagian di Sarawak menunjukkan penurunan dari segi jumlah ketua isi rumah setinggan," katanya ketika menggulung ucapan untuk kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri di sini.

Katanya melalui pelan ini, kementeriannya dapat merangka strategi untuk menentukan lokasi dan jumlah rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) di negeri ini.

Menurutnya sehingga kini, sebanyak 3,016 unit rumah PPR siap dibina di negeri ini dengan 799 buah daripadanya diduduki keluarga bekas setinggan.- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget