Tambah Baik Sistem Pengesanan, Akui Ada Kelemahan

14 MEI : Agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu, industri itu akan mula menambah baik pengesanan pesawat.

Pada masa yang sama badan berkenaan akan membangunkan standard wajib berkaitan perkara tersebut berikutan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagaimanapun tidak memberi sebarang tempoh mengenai bilakah piawaian terhadap pengesanan penerbangan tersebut akan berkuat kuasa.

Ini kerana ia mencerminkan cabaran untuk menyampaikan perjanjian bersama industri dan kerajaan-kerajaan dari seluruh dunia berhubung masalah yang berpanjangan itu

“Satu standard akan mengambil masa, lebih lama. Proses kerjasama ini adalah panjang tetapi ia begitu penting,” kata pengarah Biro Penerbangan Udara ICAO, Nancy Graham pada sidang media pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta badan itu supaya mengamalkan pengesanan masa yang nyata terhadap pesawat awam dan langkah-langkah lain.

“Dalam era telefon pintar dan Internet mudah alih, pengesanan masa nyata pesawat komersial sudah lama tertangguh,” katanya dalam satu artikel dalam Wall Street Journal.

Najib turut mencadangkan perubahan sistem komunikasi pesawat sehingga mereka tidak boleh mematikannya ketika dalam penerbangan dan memanjangkan hayat bateri “kotak hitam”, yang merekodkan perbualan kokpit dan data pesawat, untuk menjadikan mereka lebih mudah melakukan pencarian selepas nahas berlaku.

“Perubahan ini mungkin tidak dapat mengelakkan tragedi MH370 atau Air France 447,” katanya, merujuk kepada penerbangan Air France yang terhempas dalam perjalanan ke Paris dari Brazil pada 2009.

“Tetapi ia akan membuatkan sesuatu pesawat sukar untuk hilang begitu sahaja, dan lebih mudah untuk menjalankan pencarian mana-mana pesawat,” katanya

Najib turut mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam kerajaan pimpinannya dalam menangani dan menguruskan kejadian kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 sejak 8 Mac lalu.

Najib dalam artikelnya bertajuk  Malaysia dan Pengajaran yang Diperoleh dengan Kehilangan Pesawat yang diterbitkan di dalam The Wall Street Journal, hari ini menyatakan bahawa  “Terdapat beberapa kelemahan dari pihak kerajaan saya, namun, pihak lain juga, mesti belajar dari MH370 dan mengambil langkah menuju perubahan.”

Najib juga menyifatkan kejadian kehilangan MH370 sebagai “aneh ” dan ” tidak pernah berlaku sebelum ini ” .

Beliau memuji usaha keras semua pihak yang melakukan sebaik mungkin d idalam keadaan yang hampir mustahil untuk digambarkan.

Tambahnya,  ianya bukanlah satu pencapaian yang kecil bagi sebuah negara seperti Malaysia untuk mengatasi sensitiviti diplomatik dan tentera dan menggabungkan 26 negara yang berbeza untuk bersama-sama berganding bahu dalam operasi pencarian antara yang terbesar di dunia.

“Tetapi bukan semua keputusan yang kita ambil adalah betul. Dalam beberapa hari pertama selepas pesawat hilang , kita begitu memberi tumpuan kepada cubaan untuk mencari pesawat sehingga lupa untuk memberikan keutamaan kepada komunikasi,” katanya dalam penulisan itu.

Najib juga mengakui hakikat bahawa terdapat kekeliruan yang besar terutamanya apabila pesawat didapati  hilang serta-merta di ruangan udara dan  kawalan trafik udara dua negara dan ianya mengambil pengawal trafik udara empat jam untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat dan kelewatan ini perlu disiasat dengan terperinci.

“Tiada apa yang boleh mengubah nasib MH370 dan saya berjanji bahawa Malaysia akan terus mencari selama yang diperlukan.

“Kami juga akan terus memudahkan siasatan supaya kita boleh belajar daripada sebarang kesilapan. Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan lapangan terbang, dan menyiasat serta mencari  langkah-langkah terbaik untuk meningkatkan keselamatan,” katanya.

Najib menekankan bahawa pengalaman pahit ini yang dihadapi oleh Malaysia dalam era moden tidak boleh dipandang ringan dan Malaysia bukan satu-satunya pihak yang perlu belajar daripada MH370.

“Industri penerbangan global bukan sahaja perlu belajar dari kejadian MH370 tetapi melaksanakannya. Dunia belajar dari Air France tetapi tidak bertindak . Kesilapan yang sama tidak boleh diulangi,” kata Najib. – bnbbc.my
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget