Sarawak Miliki Psikiatrik Cukup Rawat Pesakit ‘Brain Disorders’

KUCHING: Sarawak mempunyai psikiatrik yang mencukupi iaitu seramai 11 orang untuk merawat pesakit  yang diklasifikasikan sebagai brain disorders atau kecacatan otak terutama di kalangan kanak-kanak.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata daripada jumlah tersebut empat ditempatkan di Hospital Mental Sarawak, masing-masing dua di Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Bintulu dan Hospital Miri dan seorang di Hospital Sibu.

“Klasifikasi kecacatan otak di kalangan kanak-kanak adalah meluas dan tahap keadaannya boleh digariskan daripada ringan, sederhana dan teruk.

“Berdasarkan statistik yang disediakan bagi tempoh 2011, beberapa jenis ‘brain disorders’ yang lazim di kalangan kanak-kanak ialah seizures dan epilepsi sebanyak 400 kes, tumor otak (161 kes), cerebral palsy (10 kes), encephalopathy (10 kes), global delay (10 kes) dan autistik (satu kes),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chiew Chiu Sing (DAP-Kidurong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Tambah Dr Jerip, HUS menyediakan pakar-pakar untuk merawat kanak-kanak ini dan kebanyakan daripada keadaan pesakit dapat ditangani menerusi pengesanan awal dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Dr Jerip memberitahu bahawa kerajaan mempunyai perancangan untuk membina semula serta menaik taraf Klinik Kesihatan Biawak seperti yang dibangkitkan oleh Ranum Mina (BN-Opar).

Menurut Dr Jerip buat masa ini Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam proses mengenal pasti tapak yang sesuai untuk tujuan tersebut memandangkan tapak sedia tidak lagi sesuai disebabkan pencerobohan.

Dr Jerip turut berkata sekitar 20 hingga 30 pesakit mendapatkan khidmat rawatan di klinik tersebut setiap hari.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget