FAM, Penyokong Duduk Semeja

Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mengambil inisiatif menganjurkan perjumpaan dengan semua kelab penyokong negeri dan kelab di negara ini, bukan hanya sekadar menuding jari apabila berlaku kekecohan.

Setiausaha Kelab Penyokong Johor Darul Ta’zim (KPJDT), Azman Jalil berkata, sudah tiba masa FAM menganjurkan perjumpaan itu yang dirasakan boleh menyatukan semua penyokong bola sepak di negara ini.


“Kenapa perlu nak buat tuduhan melulu terhadap penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) atau mana-mana penyokong bola sepak di negara ini jika berlaku kekecohan.

“FAM sepatutnya menganjurkan perjumpaan itu. Dalam perjumpaan itu nanti FAM boleh memberi penerangan lebih lanjut kepada kelab penyokong berhubung masalah samseng bola sepak dan pelbagai lagi aspek berhubung soal keselamatan serta kekecohan yang tercetus.-berita harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget