Jangan heret pemimpin parti lain dalam pertelingkahan SPDP: Julian

MIRI: Ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) khususnya mereka yang ‘berpuak-puak’ dalam parti, diingatkan supaya tidak mengheret pemimpin parti politik BN yang lain ke dalam apa jua pertelingkahan atau perselisihan faham yang berlaku dalam parti itu lagi.

Pengerusi SPDP Cawangan Senadin Dr Julian Jolly ketika mengeluarkan amaran itu semalam, memberitahu bahawa segala komen atau perbezaan pendapat yang wujud di kalangan mereka perlu dise-lesaikan di kalangan mereka di dalam parti sendiri, agar ia tidak merosakkan keharmonian parti yang sudah pulih dan mengelak berlakunya pertikaian lebih besar seperti sebelum ini.

“Dengan kapasiti yang ada, saya mahu menasihati semua pemimpin SPDP dalam Majlis Tertinggi (MT) supaya tidak mengheret pemimpin-pemimpin parti politik BN yang lain ke dalam persengketaan parti termasuk Ketua Menteri, bagi memastikan kita tidak mencemarkan imej BN,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Julian, tindakan tersebut (mengheret parti BN lain) dalam hal ehwal dalaman parti bukanlah satu penyelesaian yang sihat, sebaliknya boleh menambahkan lagi masalah dan menjadikan pertikaian yang wujud lebih teruk.

Beliau berkata perbezaan pendapat di kalangan ahli MT mengenai kemasukan semula bekas pemimpin SPDP yang pernah dipecat parti itu sebelum ini, yang digelar G4, hendaklah diselesaikan di dalam parti itu sendiri kerana ia seperti juga masalah dalaman keluarga.

Sehubungan itu, Julian berharap semua perselisihan faham dalam SPDP dapat diselesaikan dengan segera, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang kelak, kerana jika tidak, maka pembangkang akan meng-ambil kesempatan terhadap senario tersebut, terutama di kerusi-kerusi yang ditandingi SPDP.

Dalam pada itu katanya, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom perlu bersikap lebih neutral dalam menjelaskan masalah yang melanda parti kepada ahli dan rakyat serta menjemput semua pihak berkaitan dan pemimpin parti dalam perbincangan yang diadakan.

Sementara itu, pada Rabu lalu, lapan bahagian SPDP dari utara negeri ini, mengeluarkan undi tidak percaya terhadap presiden SPDP itu.

Bahagian terbabit ialah Telang Usan, Marudi, Bekenu, Batu Danau, Senadin, Bukit Kota, Ba’Kelalan dan Bukit Sari, yang turut menyuarakan sokongan mereka terhadap saranan Ketua Wanita SPDP Datuk Chiew Yen Chew dan beberapa ahli jawatankuasa eksekutif beliau, untuk meng-usul undi tidak percaya terhadap Mawan, agar beliau meletak jawatan.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget