photo dari mynewshub |
Perdana Menteri juga berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beliau mencium tangan ibunya dalam paparan melalui laman Twitternya.
Najib berkata tiada yang lebih mulia daripada peranan seorang ibu.
Tun Rahah, 81, mendirikan rumah tangga dengan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak ketika berusia 19 tahun dan Tun Razak berusia 30 tahun.
Mereka dikurniakan lima anak lelaki dan Najib merupakan anak sulung. Anak-anak mereka yang lain ialah Ahmad Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohd Nazir.
Melalui paparan Twitter itu juga, Najib berkongsi kesedihan beliau dengan para ibu 276 pelajar sekolah Nigeria yang diculik kumpulan militan Boko Haram.
"Ketika menyambut Hari Ibu ini, kita terkenang kepada ibu 276 pelajar perempuan Nigeria yang diculik Boko Haram baru-baru ini," tulis beliau.
Pelajar berkenaan dilarikan dari asrama sekolah pada malam 14 April di sebuah kampung bernama Chibok di timur laut negeri Borno berhampiran sempadan Cameroon ketika mereka menduduki peperiksaan.
Lima puluh daripada mereka berjaya melarikan diri, tetapi nasib selebihnya tidak diketahui.
Awal bulan ini pemimpin Boko Haram Abubakar Shekau mengancam menjual kanak-kanak itu, yang beliau sifatkan sebagai hamba, untuk dijadikan isteri.- BERNAMA
Post a Comment