Jurucakap MBM Simon Nawang berkata kempen berkenaan akan diadakan di dua lokasi iaitu di tempat letak kereta Dewan Suarah Miri dan tempat letak kereta Mosjaya.
Ia katanya dijadualkan bermula jam 1 hingga 4 petang dan tujuan kempen diadakan adalah untuk menggalakkan orang awam mempraktikkan 3R (mengurang, mengguna semula dan kitar semula).
Menurutnya, orang ramai dijemput hadir dan menyokong kempen itu dengan membawa bahan-bahan yang dapat dikitar semula untuk dijual kepada ejen-ejen kitar semula semasa kempen itu.
Bahan-bahan kitar semula yang diterima adalah kertas, botol kaca, tin aluminium, besi lusuh (scrap metal), komputer terpakai, kotak minuman dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang kempen 3R itu boleh menghubungi Unit LA21 iaitu Simon Nawang atau Richard Lejau di talian 085-433501 sambungan 286 pada waktu pejabat.-utusan borneo
Post a Comment