Bluefin-21 Kembali ke Zon Pencarian

Perth: Kapal selam mini Bluefin-21 milik Tentera Laut Amerika Syarikat bagi pencarian kehilangan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kembali ke zon itu, semalam.

Sebelum ini, kapal Ocean Shield milik Australia yang membawa kapal selam mini itu masih berlabuh di Perth sejak awal minggu bagi mengisi keperluan penting sebelum meneruskan proses pencarian.

Kapal terbabit berlepas semalam dan mengambil masa tiga hari untuk tiba ke kawasan pencarian isyarat dikesan, dipercayai kotak hitam pesawat MH370.

Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat Mark Matthews berkata, apabila berada di kawasan terbabit, kapal Ocean Shield akan mengatur kedudukan kapal selam mini untuk proses pencarian.

“Sama ada mereka jumpa atau tidak, kita tidak boleh meragui keupayaannya.

“Tetapi apa yang perlu dibuat ialah teruskan usaha mencari sehingga selesai,” katanya kepada Australian Broadcasting Corporation,” katanya.
-mymetro

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget