Sokongan pengundi India pada BN meningkat 86%


MIC yakin sokongan sejumlah 3,119pengundi India kepada Barisan Nasional (BN) akan meningkat kepada 85 peratus menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M Saravanan berkata peningkatan itu disebabkan masyarakat India termasuk golongan belia sedar hanya BN mempunyai agenda jelas untuk kaum itu.

"Pembangkang tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan perancangan yang betul bagi golongan belia serta masyarakat India. Perkara ini terbukti sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Kem Pembangunan Sosial Belia di Resort Nur Laman Bestari, dekat ibunegara hari ini.

Kem anjuran Pertubuhan Belia Hindu Seputeh yang disertai 70 belia India itu adalah bertujuan memupuk kesedaran moral, sivik dan agama dalam kalangan belia India.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada Allahyarham Wan Mohammad Khair-il, merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar.

Dalam PRU13 pada 2013, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas, Datuk Kamalia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi

Allahyarham Noriah menenangi kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

- Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget