PM impi miliki 'The Beast'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau mengimpi mahu memiliki kereta limusin canggih 'The Beast' seperti kepunyaan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Pada 2014 dan November 2015, ketika kunjungan Obama ke Malaysia, Najib sempat berpengalaman menaiki kereta itu.

“Ia lebih selesa dari kereta Proton saya. Dua orang boleh duduk berhadapan kamu dan boleh mengadakan perbincangan aktif.

“Saya juga rasa selamat kerana kereta itu kalis peluru... Kereta yang sangat istimewa dan saya impikan boleh memiliki satu,” katanya katanya pada sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove di Persidangan Wild Digital di Kuala Lumpur, hari ini.

Model semasa kereta presiden Amerika Syarikat itu adalah berdasarkan kereta Cadillac yang unik dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan.

Kereta yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh penumpang itu juga mempunyai satelit ketenteraan dan boleh menghubungi mana-mana pihak di seluruh dunia.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget