Cina Sarawak tolak pembangkang, sini bila lagi?


KUALA KANGSAR: Cina di Semenanjung perlu mengambil iktibar daripada kesedaran baharu Cina di Sarawak: Pembangkang tidak boleh bentuk masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak masyarakat Cina supaya kembali mencatur masa depan bersama gagasan yang memerintah melalui MCA dan Gerakan.

“Kita perlu sebuah negara yang stabil. Kita perlu sebuah negara yang dasarnya sederhana. Kita perlu sebuah kerajaan yang mempunyai visi dan perancangan yang luas untuk membawa negara menjadi advanced economy dalam waktu terdekat.”

Seolah menyedari kebimbangan masyarakat bukan Islam, Najib mencadangkan pembentukan negara yang stabil dan sederhana sukar dicapai sekiranya masyarakat Cina bersikap antagonistik terhadap BN dan bersama pembangkang seperti DAP, PAS dan AMANAH.

“Tetapi ini semua bergantung kepada kekuatan BN. Kekuatan masyarakat kaum Cina mestilah melalui parti-parti komponen MCA dan Gerakan.

“Oleh itu, jangan tertipu sekali lagi. Orang Cina di Sarawak sudah tidak percaya kepada pembangkang.

“Mereka sedar DAP tidak boleh menentukan masa depan mereka. Kita tengok PAS dan AMANAH lebih kurang, tak boleh harap,” katanya ketika turun berkempen di Kuala Kangsar hari ini.

Berucap di majlis pemberian bantuan sekolah kepada sekolah pendidikan aliran Cina, Najib berkata kerajaan BN Perak telah memperuntukkan 1,000 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah tinggi aliran Cina di Perak.

Pengundi Cina membentuk kira-kira 20% atau 7,856 orang daripada jumlah keseluruhan 32,949 orang pengundi Kuala Kangsar. - FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget