KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem mengumumkan sebanyak RM 2.65 billion untuk pembangunan luar bandar pada tahun 2016.
Ini menunjukkan peningkatan komitmen terhadap pembangunan luar bandar berbanding RM 2.35 billion pada tahun lepas.
Selaku Menteri Kewangan, Adenan turut menegaskan dengan bajet tersebut, kerajaan negeri Sarawak akan lebih fokus dengan program serta projek untuk tujuan transformasi pembangunan yang membawa manfaat penduduk luar bandar.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembentangan Bajet 2016 semasa sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 3 untuk penggal ke 5 bermula hari ini, 7 Disember dan berakhir pada 15 Disember 2015.
"Sebanyak 74 peratus atau RM5.97 billion diperuntukkan khas kepada pembangunan negeri Sarawak", kata Adenan.
Beliau turut berkata, bajet yang cenderung ke arah pembangunan amatlah mustahak sebagai menandakan Sarawak adalah negeri yang membangun.
"Sebanyak RM 2.07 billion atau 26 peratus merupakan syor untuk belanja operasi", tambah beliau.
-SarawakLIVE
Post a Comment