PRN: TERAS sudah ada calon berpotensi

Lima penyandang lama dikekal, muka baharu akan diumum pada masa sesuai
KUCHING: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) telah mengenal pasti calon yang akan bertanding bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah menurut Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom parti telah menghantar senarai nama calon kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri untuk pertimbangan.

Mawan turut mengesahkan lima daripada calon adalah tidak lain dan bukan ialah beliau sendiri, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Sylvester Entri Muran, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.

Kelima-lima mereka ini masing-masing merupakan penyandang sedia ada bagi kerusi N. 41 Pakan, N.2 Tasik Biru, N. 66 Marudi, N. 61 Bekenu dan N. 69 Batu Danau.

“Ya, kami telah mengemukakan senarai calon kepada Pengerusi BN Negeri dengan lima daripadanya adalah penyandang di sini dan beberapa nama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat TERAS di ibu pejabat parti di sini semalam.

Tambah Mawan, meskipun semua calon agak berpotensi sudah dikenal pasti namun ini bukan masa sesuai untuk parti membuat pengumuman.

“Ini adalah dilema kerana jika calon tidak didedahkan rakyat tidak akan tahu siapa mereka dan jika didedahkan terlalu awal, bakal terdedah dengan perbuatan sabotaj,” katanya.

Dalam pada selain lima kerusi di atas, TERAS menurut Mawan akan merebut kembali kerusi mereka tewas selain turut mengintai kerusi DUN baharu diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun parti menurut Mawan tetap tertakluk kepada prinsip BN dan akan patuh serta akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti mengenai agihan kerusi.

Dalam pada itu meskipun usia parti ini masih muda, namun menurut Mawan ia bergerak dengan pantas daripada jangkaan.

Parti katanya telah menerima lebih 4,000 permohonan keahlian baru semalam dan lebih 1,000 permohonan baru sebulan lepas dari pelbagai bahagian.

Bagi memperkuatkan lagi sokongan terhadap parti, sebuah lagi pejabat baru TERAS akan dibuka di Meluan hari ini diikuti dengan parti Krismas bersama masyarakat setempat.

TERAS turut akan melebarkan sayapnya ke Kanowit, Limbang, Marudi dan Lawas selain menganjurkan satu majlis bersama Timbalan Perdana Menteri di Miri dalam masa terdekat ini.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget