Pembangkang Semenanjung datang, hina orang Sarawak : Abdullah



KUCHING: ADUN Semop, Abdullah Saidol menyelar sikap pembangkang khasnya dari Semenanjung yang datang ke Sarawak, menghina orang Sarawak dalam kempen politik.

"Pembangkang di Sarawak menjemput mereka datang ke Sarawak, sebaliknya mereka menghina orang Sarawak.

“Ini perangai orang sombong, angkuh dan kiasu," tambah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak itu.

Menurut Abdullah lagi, apa yang lebih teruk ialah apabila pemimpin parti pembangkang Semenanjung Malaysia datang ke Sarawak berkempen dan cuba mengajar cara hendak menguruskan negeri.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak itu turut menyatakan bahawa beliau amat hairan sikap pemimpin pembangkang mempersoal keikhlasan dan kejujuran Ketua Menteri dan kerajaan berusaha membanteras rasuah, memohon royalti minyak dan gas dinaikkan serta menuntut autonomi pentadbiran.

“Pembangkang kata tipu dan pembangkang kata itu semua cakap sahaja serta pembangkang kata BN akan gagal,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 pada persidangan DUN Sarawak kelmarin.

"Hakikatnya, pendekatan kerajaan sekarang dipimpin seorang individu yang dalam jiwanya ada Sarawak dan dalam hatinya ada rakyat. Maka atas sebab itu, Ketua Menteri Sarawak, Adenan begitu popular dikalangan rakyat," kata Abdullah sambil menyatakan bahawa  kejujuran serta keikhlasan kepimpinan KM tidak harus diragui kerana beliau bersungguh-sungguh melakukan terbaik demi negeri Sarawak.

Abdullah dalam perbahasan yang sama turut menyatakan bahawa populariti Adenan menyebabkan beliau menjadi mangsa cemuhan dan kritikan politik pembangkang yang mengakui dan percaya banyak tindakan serta keputusan Ketua Menteri adalah benar dan orang yang ‘cakap serupa bikin.’

“Kerajaan BN di bawah kepimpinan Adenan tidak menjanjikan keajaiban seperti DAP, tidak juga menjanjikan kesempurnaan seperti dilaung PKR, jauh sekali menjanjikan syurga seperti PAS,” kata Abdullah sambil menyindir janji melampau yang diluahkan parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget