DAP Sarawak jangka pilihan raya negeri Mac


Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak diluluskan oleh Dewan Rakyat, soalan seterusnya sekarang ialah bilakah pilihan raya negeri akan diadakan?

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meramalkan pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan Mac tahun depan, kira-kira tiga bulan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) secara automatik dibubarkan di bawah undang-undang.

"Saya rasa ia Mac depan. Mustahil untuk diadakan bulan ini, manakala Januari 2016 pula terlalu dekat dengan perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 8 dan 9 Februari. Jadi saya percaya ia akan diadakan pada bulan Mac," katanya.

Beliau percaya Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan umumkan beberapa angpow untuk persatuan Cina di Sarawak semasa perayaan Tahun Baru Cina.

"Beliau akan cuba untuk mengelakkan mengadakan pilihan raya negeri terlalu dekat dengan perayaan tersebut. Semua orang kan menyambut Tahun Baru Cina dan anda tidak boleh mengganggunya dengan mengadakan pilihan raya," katanya lagi.

Begitu juga dengan perayaan Gawai, kata Chong kepada Malaysiakini ketika ditemui ketika majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi DAP Sarawak di Petaling Jaya malam tadi.

Gawai merupakan perayaan bagi masyarakat terbesar Dayak di negeri itu yang jatuh pada awal bulan Jun. Ini terdekat dekat tempoh pembubaran DUN Sarawak sekarang.

Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan secara automatik pada 20 Jun tahun depan.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget