Akaun Penjawat Awam Tinggal 'Kosong' Disapu PTPTN


KUALA LUMPUR: Gaji seorang penjawat awam bagi bulan Disember habis ‘disapu bersih’ selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didakwa telah melakukan pemotongan gaji berlebihan bagi pembayaran balik pinjaman pelajaran.

Berdasarkan sekeping gambar yang tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan sebanyak RM3, 511 direkodkan telah ditolak dalam akaun kakitangan terbabit bagi pembayaran PTPTN.

Akibatnya, kakitangan tersebut ‘muflis’ berikutan gaji bersih yang diterima pada bulan berkenaan mencatatkan nilai sifar selepas potongan ‘melampau’ untuk pinjaman PTPTN.

Menerusi penyata slip gaji kakitangan terbabit, jumlah pendapatan yang diterimanya sebelum potongan adalah berjumlah RM 4,247.94.

Selain potongan PTPTN sebanyak RM3,511.91, potongan lain adalah membabitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (RM469); potongan Insuran Etiqa (RM68.30); dan Angkasa (RM198.73).

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak PTPTN bagi menjelaskan perkara tersebut.

Sebelum ini, PTPTN menyatakan potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan perbadanan tersebut akan mula dilaksanakan bermula September lalu.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan seperti dilapor Bernama, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN.

- Malaysian Digest
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget