Acara pertama PAU berlangsung tanpa Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kosong malam ini. Bahkan, kelibat jaguh Melayu dari selatan tanahair itu turut tidak kelihatan di celah ratusan ahli di bawah.

Sekeping gambar mengesahkan kekosongan kerusi yang diletakkan antara Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bandingkan dengan sekeping lagi gambar yang dimuat naik ke akaun Twitter Bernama yang menunjukkan kehadiran ratusan perwakilan UMNO dari serata negara yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Selasa malam.

“Tidak. Beliau (Muhyiddin) tidak akan hadir malam ini.

“Tetapi beliau akan ke mesyuarat Majlis Tertinggi esok,” menurut pembantunya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dipecat dari Jemaah Menteri pada 28 Julai lalu selepas beliau mempertikaikan cara Najib mengendalikan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Di satu himpunan di Kampung Baru pada Isnin, Muhyiddin menggesa Najib supaya berehat sementara siasatan keatas 1MDB dan derma RM2.6 bilion sedang berjalan.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget