Kuching: Wanita Sarawak bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petrajaya diketuai oleh Puan Nurhanim Mokhsen telah mengadakan aktiviti mengedar kurma di bazaar Ramadhan Satok dan Emart, Kuching.
"Alhamdulillah, Sambutan cukup baik, kami sempat berbual dengan penjaja di situ dan di harap pemberian kami yang kecil ini dapat merapatkan lagi sillatulrahim kami dengan penduduk Petra Jaya", jelas Ketua Wanita PKR Sarawak itu.
Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan PKR Sarawak dan ianya akan dibuat pada masa-masa yang akan datang bagi mengeratkan silaturahim PKR Sarawak bersama rakyat di Petrajaya, Kuching-SarawakLIVE
Post a Comment