Pemuda rakamkan penghargaan kepada KM, PM iktiraf UPP dalam BN


SIBU: Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) diketuai Dr Johnical Rayong Nyipa membuat resolusi dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengiktiraf parti itu sebagai sebahagian daripada keluarga Barisan Nasional (BN).

Menurut Dr Rayong, ini berkenaan dengan formula BN yang melibatkan UPP.

“Dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi kita mengiktiraf BN-Plus, ini menunjukkan kita sekarang adalah dalam BN atau keluarga BN.

“Apa yang penting, kita dalam UPP berdiri teguh di belakang Adenan dan Najib,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UPP Pusat di sini petang semalam.

Hadir sama Setiausaha Pemuda UPP Pusat, Yap Min Su.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili itu berkata akan membantu BN Negeri mengekalkan kuasa politik negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, Pemuda dan Wanita UPP juga turut berdiri teguh di belakang pimpinan Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh.

“Kami juga akan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan peringkat negeri,” tambahnya.

Sementara itu, Yap memberitahu bahawa Pemuda UPP akan menganjurkan ceramah keusahawanan pada 5 dan 6 September ini di Miri sempena Mesyuarat Ke-4 Pemuda UPP Pusat.

“Kita menjemput Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais merasmikan program tersebut.

“Satu lagi program iaitu Ekspo Karier Pendidikan akan dianjurkan pada 16 dan 17 Oktober depan di Kuching dan akan dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh,” jelasnya.

Tambah Yap, objektif menganjurkan ekspo tersebut adalah membantu graduan mencari pekerjaan sesuai kerana masalah pengangguran kian meningkat di kalangan lepasan sekolah mahupun kolej ataupun universiti.

“Itu adalah satu cara kami membantu lepasan pelajar memberi maklumat-maklumat terkini mengenai pekerjaan yang disediakan. Sasaran kami untuk ekspo itu adalah untuk golongan tidak bekerja,” katanya.

- Borneo Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget