Kerajaan komited rapatkan jurang pembangunan bandar, luar bandar


LONG PELUAN, ULU BARAM: Kerajaan negeri akan meneruskan agenda dalam menunjukkan perhatian penuh dan istimewa khusus kepada rakyat di kawasan pedalaman negeri ini bagi me-rapatkan jurang perbezaan di antara pembangunan bandar dan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata demikian ketika Majlis Bertemu Rakyat di Long Peluan, Ulu Baram di sini, hujung minggu lalu.

Memberi keyakinan terhadap perkara itu, kerajaan akan berte-rusan menambah jumlah pegawai pertanian bagi membantu menjayakan projek pelaksanaan sektor pertanian di seluruh Sarawak.

“Apabila kita merancang untuk pembangunan negeri ini (Sarawak), kita begitu mengambil berat akan kumpulan etnik yang masih ketinggalan di belakang, lebih-lebih lagi yang amat memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk menjana pendapatan yang lebih stabil,” katanya menerusi kenyataan akhbar, semalam.

Malah kata Jabu, bekas Ketua Menteri menerusi pembangunan politiknya banyak membantu rakyat dalam aspek pembangunan.

“Kita juga amat memerlukan perhubungan baik di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dalam usaha meningkatkan pembangunan negeri kita.

“Sebab itulah kita pernah membawa Perdana Menteri kita ke sini untuk meninjau sendiri apa masalah yang membelenggu rakyat kita di Ulu Baram ini,” jelasnya.

Selain itu ujarnya, kerajaan negeri juga menjemput Timbalan Perdana Menteri untuk turun padang khusus di kawasan seperti Long Beruang dan Long Peluan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi rakyat di sana.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Jangu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Datu Lai Kui Fong, Residen Miri Anthonio Kahti Galis, Pegawai Daerah Marudi Marcos Sibong, Temenggung Datuk Hassan Sui dan beberapa ketua masyarakat.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget