BANGUNAN ISLAM MEGAH TETAPI MASIH RAMAI ORANG MISKIN. MANA LAPORAN KEWANGAN TBS?
Saudara Abdul Aziz Isa, DAP Sarawak menegaskan bahawa tiada siapapun tahu pembinaan Kompleks Islam Kuching, Kompleks Islam Sibu, Kompleks Islam Miri dan Kompleks Islam Sri Aman menggunakan duit zakat, baitulmal ataupun wakaf.
"Tidak pernah sama sekali saya menuduh Tabung Baitulmal Sarawak menggunakan dana zakat untuk projek tersebut. Saya hanya minta laporan kewangan, itu sahaja. Dari laporan kewangan itu nanti, baru kita tahu mereka menggunakan dana apa. Ada yang beritahu melalui Dana Wakaf atas nama Projek Wakaf Komersial, namun saya masih tetap menantikan laporan kewangan.", ujar pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak itu.
Aziz turut mempersoal, jika laporan kewangan TBS terlalu banyak rahsia, maka kenapa diletakkan dibawah Ordinan Majlis Islam Sarawak?
"Kenapa dijadikan Badan Berkanun Kerajaan dan kenapa tidak dijadikan badan swasta jika rakyat tidak boleh akses laporan kewangan TBS? Sudah diordinankan, sememangnya laporan kewangan itu merupakan dokumen awam. Hanya orang kurang cerdik sahaja menyuruh saya minta laporan kewangan dari gereja, tokong, kuil dan gudwara. Saya tidak persoalkan laporan kewangan mereka sebab; 1) saya Muslim, 2) rumah ibadat bukan badan kerajaan dan 3) ianya tidak diordinankan.
Aziz turut mempertikai peranan wakil rakyat BN dalam isu ini.
"Kata pemimpin Melayu tetapi bab ini pun kamu tidak faham. Macam mana hendak jadi wakil rakyat jika tidak tahu maksud asas ORDINAN dan BADAN BERKANUN? Sudah nama BADAN BERKANUN maka segala dokumen merupakan dokumen awam. KENAPA TBS SUSAH SANGAT HENDAK DEDAHKAN LAPORAN KEWANGAN? Bangunan tinggi dan mewah TETAPI masih ramai orang fakir dan miskin tidak terbela. Kalau TBS tak sembunyikan apa-apa, tunjukkan laporan kewangan. Kalau TBS telus, saya akan puji TBS dan tidak akan kritik mereka. Tetapi kalau main sembunyi-sembunyi macam ini, saya akan tetap kritik. Orang lain tak berani kritik, biar saya yang kritik."
"Saya bukan cari populariti tetapi jika tidak ada Melayu dan Muslim yang bersuara mengenai hal ini di Sarawak, maka saya akan tetap menyuarakannya. Ada yang mengeluh tetapi tidak berani bersuara sebab takut subsidi baja kena tarik, takut bantuan kebajikan ditarik, dan takut anak-anak tidak dapat bantuan sekolah. Maka, saya mengambil tindakan untuk mewakili suara mereka yang tidak terdaya ini. I'm VOICE OF THE VOICELESS."
Aziz mendakwa, yang ada dalam pejabat TBS ramai juga yang mengumpat tentang dirinya.
"Tidak kira tudung labuh dan berkopiah, sembahyang 5 kali sehari semalam, rata-ratanya (bukan semua) benci dengan saya kerana saya sentiasa mengkritik pentadbiran kewangan TBS. Pakai tudung labuh dan berkopiah tapui kalau masih nak mengumpat, baik jangan pakai. Biarkan beratus-ratus kakitangan TBS mengumpat saya. Beratus orang lawan satu orang macam saya. Saya tidak gentar, saya akan terus kritik TBS selagi mereka menyembunyikan laporan kewangan mereka.", tegas Aziz sebagai bakal caloon DAP untuk kawasan bumiputera Kuching.-SarawakLIVE
sumber: FB Abdul Aziz Isa (DAP Sarawak)
Post a Comment