Anggota Parlimen Bintulu Dakwa Kongsi Gelap Kembali Beroperasi



BINTULU, 7 Julai (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen hari ini meminta polis menjalankan operasi besar-besaran bagi menangani kegiatan kongsi gelap yang katanya muncul kembali di Bintulu.

Datuk Seri Tiong King Sing, anggota Parlimen Bintulu, mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa kongsi gelap terlibat dengan kegiatan perniagaan dalam beberapa bidang termasuk pembalakan, diesel, telur, pengangkutan, baja dan silinder gas.

"Mereka (polis) perlu melancarkan operasi bagi membanteras golongan tidak bertanggungjawab ini dan memerangi jenayah di Bintulu," katanya dalam satu kenyataan.

Tiong, yang juga presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berkata polis perlu lebih agresif dalam memelihara nama baik mereka memandangkan orang ramai menganggap pasukan itu tidak aktif kebelakangan ini.

Menurut beliau, trend membimbangkan berkaitan kes jenayah seperti perjudian melalui Internet, mencuri kenderaan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran pekerja asing tanpa izin, perlu dibanteras dengan segera. - Bernama.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget