Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tabuan Hj Drahman
terus menerima kunjungan berbagai pihak bagi memberi sumbangan serta
bantuan.
Terkini keluarga terbabit mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda PBB Sarawak.
Saudara Hamzah Brahim mewakili Ketua Pemuda Datuk Fadillah
Yusof menyampaikan sumbangan berjumlah RM9000 kepada keluarga yang
terlibat dalam musibah tersebut.
Penyampaian sumbangan tersebut disaksikan oleh Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Kejadian kebakaran yang berlaku pada khamis, 7 Mei lalu
melibatkan 8 keluarga dan mengorbankan 3 sekeluarga, 2 kanak-kanak dan
ibu mereka.
Turut hadir Exco Pemuda Saudara Madihi Mat.-sarawakiana
Post a Comment