Kebakaran | Rumah Musnah, 3 Kereta Terbakar

SEBUAH keluarga menarik nafas lega kerana terselamat daripada rentung sungguhpun terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit setelah rumah dan tiga buah kereta milik mereka terbakar, petang semalam.

Insiden malang tersebut dilaporkan menimpa sebuah keluarga di Kampung Semariang Batu, Petra Jaya sekitar jam 1.30 petang.

Difahamkan semasa kejadian, beberapa ahli keluarga terbabit berjaya menyelamatkan diri sejurus menyedari asap tebal mula memenuhi ruang dalaman rumah berkenaan.

Api yang dikatakan merebak dengan cepat menyebabkan keluarga itu tidak sempat menyelamatkan apaapa, termasuk tiga buah kereta yang diparkirkan di pekarangan rumah tersebut.

Anggota dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas itu untuk mengawal dan memadam api.

“Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada jam 1.42 petang di mana rumah separuh kekal dua tingkat tersebut telah terbakar 80 peratus, bagaimanapun keadaan berjaya dikawal pada jam 2.04 petang.

“Operasi tamat pada jam 2.21 petang di mana rumah tersebut telah terbakar 90 peratus, manakala tiga buah kereta turut mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran,” kata jurucakap bomba.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget