KUCHING: Keamanan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak yang sekian lama terjalin adalah hasil kebijaksanaan kerajaan sedia ada.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, untuk itu rakyat di negeri ini harus mengekalkan kerajaan yang sedia ada bagi memastikan keamanan dan perpaduan negeri ini terus terpelihara.
“Sarawak adalah negeri yang mempunyai ramai kaum, namun kita hidup dalam keadaan bersatu kerana kita sudah lama kenal dan menghormati antara satu sama lain.
“Justeru, ia perlu dikekalkan dan cara terbaik yang perlu kita lakukan adalah dengan mempertahankan kerajaan sedia ada bagi memastikan perpaduan dan keamanan rakyat Sarawak terus terpelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bagi mewakili Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Majlis Malam Mantar Gawai Dayak di Dewan SDNU, Jalan Bukit Siol di sini malam kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu menambah, tidak timbul isu agama dan perkauman di negeri ini seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia.
Pada majlis itu, Hasidah turut mengumumkan geran sebanyak RM5,000 kepada SDNU dan RM20,000 daripada Ahli Parlimen Petra Jaya untuk membaik pulih dewan serba guna di situ.
Terdahulu Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Fazzrudin Abdul Rahman berkata, dalam memastikan belia di kawasan itu tidak terjerumus dalam aktiviti tidak sihat, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk membina padang futsal di situ.
Selain itu, menurutnya pelbagai program yang memerlukan penglibatan belia turut dirancang untuk dianjurkan.-utusan borneo
Post a Comment