Enam Kawasan Di Ibu Negara Di Landa Banjir Kilat, Jalan Sesak

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Keadaan trafik di Kuala Lumpur sesak berikutan banjir kilat di enam lokasi termasuk Jalan Sultan Ismail, selepas hujan lebat turun sejak pukul 2 petang Isnin.

Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.4 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank, Jalan Duta, hadapan Balai Polis Travers dan Bulatan Cheras, menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur.

Katanya, kesesakan lalu lintas itu beransur pulih berikutan air mula surut pada pukul 5.15 petang ini, dengan tiga kawasan, iaitu Jalan Duta, Jalan Sultan Ismail dan Bulatan Cheras, dibuka semula kepada laluan trafik.

Sementara keadaan di Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank dan hadapan Balai Polis Traves masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaubagaimanapun paras air semakin surut dan terkawal.- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget