DAP Pasti Gagal Lebar Sayap di luar Bandar: Jabu

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatkan usaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk melebarkan sayap di luar bandar hanyalah sekadar mimpi.

Malah, beliau turut meluahkan rasa keyakinan itu dengan menyatakan bahawa impian tersebut pasti akan menemui kegagalan.

“Saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa impian DAP untuk mendapat sokongan rakyat dari luar bandar pasti akan menemui kegagalan…  ia hanyalah sekadar mimpi,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pemodenan Pertanian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Jabu memberitahu, masyarakat Dayak akan menolak sebarang percubaan DAP untuk melebarkan sayap ke kawasan luar bandar.

“Penduduk Dayak tahu bagaimana untuk mempertahankan benteng politik mereka daripada DAP dan masyarakat Dayak akan terus bekerjasama dengan pihak yang cintakan keamanan berbilang kaum di seluruh negeri demi kestabilan, keamanan, keharmonian untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan iaitu di bawah Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Pada masa sama beliau meluahkan rasa kesal kerana DAP mengamalkan politik berkepentingan peribadi untuk mencapai matlamat mereka.

“Ini adalah manifestasi DAP yang sangat kejam dan mementingkan diri sendiri dan menindas peluang pemilik tanah NCR daripada menyertai dan mendapat manfaat daripada program pembasmian kemiskinan,” ujarnya.- utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget