Terima kasih Adenan kerana bantah hudud: Dennis


MIRI: Penganut agama Kristian di negeri ini tidak perlu gusar kerana kerajaan negeri tetap dengan keputusan membantah pelaksanaan hukum hudud.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata rakyat khususnya tinggal di pedalaman seperti Baram tidak mudah terkeliru dengan maklumat kurang sahih terutama disebarkan melalui media sosial.

“Pendirian tidak menerima hukum hudud ini sudahpun ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBB kelmarin,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus yakin Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Adenan tetap berpegang dengan janji tidak melaksanakan hukum hudud.

Dalam pada itu, beliau mewakili Sidang Injil Borneo (SIB) Sarawak berterima kasih terhadap pendirian Ketua Menteri membantah pelaksanaan hudud.

“Kita berterima kasih kerana beliau mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum dan agama. Ini jelas menzahirkan beliau seorang pemimpin saksama terhadap semua kaum tanpa mengira latar belakang agama,” kata Dennis.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget