Sidang DUN Sarawak ke 18 catat sejarah


KUCHING : Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak membuka tirai bermula hari ini sehingga 15 Jun 2016.

Upacara awal hari ini adalah Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 82 orang termasuk 10 daripada wakil rakyat pembangkang.

Persidangan DUN kali ini juga mencatat sejarah politik Malaysia dimana jumlah terbanyak Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan mengikuti persidangan. Sejarah juga tercipata apabila sidang kali ini diadakan ketika bulan Ramadhan.

Bagi ADUN baru, inilah sejarah bagi mereka apabila terlibat secara langsung sebagai wakil rakyat yang menduduki kerusi pada persidangan DUN kali ini. Sejarah bermulanya status mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Yang Berhormat.

Persidangan DUN kali ini juga mencatat sejarah baru yang mempunyai bilangan soalan terbanyak dalam sejarah DUN Sarawak.

Bagi pihak pembangkang pula, persidangan DUN kali ini sebagai titik hitam bagi mereka kerana telah kehilangan rakan mereka yang kalah pada pilihanraya yang lepas. Pembangkang hanya memiliki 10 ADUN pada kali ini yang sebelum ini jumlah 15 orang ADUN.

82 Ahli Dewan Undangan Negeri akan memulakan cabaran baru dalam persidangan dan sudah pasti usul dan soalan yang lebih kongkrit akan menjadi bahan menarik untuk diketahui rakyat umum yang ingin melihat Yang Berhormat mereka beraksi mengetengahkan isu rakyat pada persidangan yang segala-galanya mencatat sejarah baru.- Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget