Adenan Arahkan Ahli Parlimen Sarawak Tolak Pindaan RUU Syariah


KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Sarawak diarahkan menolak usul Rang Undang-Undang Persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Oktober depan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, arahan telah dikeluarkan dan Kerajaan BN Negeri bersepakat untuk tidak menerima undang-undang tersebut.

“Pendirian ini dijelaskan kerana ia tidak mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian kaum di negeri ini.

“Masyarakat Islam hanya membentuk 25 peratus daripada rakyat negeri ini dan kita perlu menghormati konsensus yang dicapai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Adenan turut berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan Negeri untuk menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam 53 inisiatif pemerintahannya.

Sarawak, negeri yang terbesar di Malaysia, memegang 31 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Daripada 31, BN memegang 25 manakala pembangkang mempunyai enam.

Pindaan Rang Undang-undang ini adalah agenda terakhir pada Senarai Perintah Parlimen Khamis lalu, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman mengemukakan agar usul perbahasan ini dibawa ke hadapan, yang telah diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Akan tetapi, Hadi Awang meminta agar perbahasan tersebut ditangguhkan hingga ke mesyuarat Parlimen yang akan datang, yanh dijadualkan pada bulan Oktober. – Sarawakvoice.com

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget