Perlukan jalan bertar di pendalaman Sarawak? Bina sahaja empangan mega!


KOMEN: Maka, penduduk Baleh nampaknya tidak sabar menunggu sebuah empangan di bina di Baleh.

Empangan Baleh adalah satu-satunya sebab mengapa sebatang jalan raya akan dibina di kawasan Baleh, di mana terdapat 30,000 penduduk kini tinggal dalam keadaan terpencil kecuali dihubungi oleh pengangkutan sungai di hilir dan hulu sungai Baleh dan beberapa jalan pembalakan yang merbahaya.

Ya, terdapat jalan pembalakan yang teruk, merbahaya dan kasar, satu-satunya jalan yang dinikmati oleh penduduk pendalaman bagi semua balak dan kayu-kayan yang diambil daripada hutan mereka sejak bertahun lamanya.

Hakikatnya, walaupun selepas hutan telah digondolkan dan dimusnahkan oleh aktiviti pembalakan yang rakus, dan peniaga balak dan kayu kayan meraih kemewahan melampau mereka, yang diperolehi oleh Baleh hanyalah jalan-jalan balak.

Baleh tidak mendapat sedikitpun wang yang diperolehi hasil pembalakan di situ.

Baleh juga tidak berada dalam senarai kawasan pendalaman di mana jalan raya akan dibina dengan jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mentrasformasikan masyarakat pendalaman Sarawak.

Ketua Menteri Adenan Satem akan membelanjakan jutaan ringgit kepada pendalaman Sarawak bagi membalas kesetiaan penduduk pendalaman kepada BN sewaktu pilihanraya lepas, tetapi Baleh tidak termasuk dalam senarai.

Satu-satunya harapan Baleh untuk berubah keadaan sosio-ekonominya adalah empangan Baleh, yang akan memastikan kawasan itu akhirnya mendapat jaringan pengangkutan darat moden.

Kini semua penduduk tidak sabar untuk melihat empangan itu di bina, jadi mereka, maksud saya wakil pemimpin setempat, telah pergi berjumpa sendiri dengan Adenan untuk memberitahunya bahawa lagi cepat empangan itu dibina, lagi bagus.

Mereka pastinya memberitahu Adenan yang Adenan boleh mempercayai mereka dan apa yang mereka katakan ada kebenaran, yang ketika mereka mengatakan tidak ada seorangpun di Baleh menentang pembinaan empangan itu, mereka benar-benar maksudkannya.

Pastinya, Adenan mempercayai mereka. Pemimpin masyarakat ini dipilih oleh kerajaan untuk menjadi mata dan telinga, kerajaan mengharapkan mereka melaporkan semua perkara yang dilihat dan didengar.

Jadi apabila pemimpin setempat Baleh mengatakan semua penduduk Baleh mahukan empangan itu dibina, mereka hanya mengatakan apa yang mereka dengar dan lihat.

Adenan patutnya gembira.

Menteri Pembangunan Tanah Dr James Masing pastinya sangat gembira, dan dia tidak menyembunyikannya:

“Saya telah membawa semua pemimpin setempat pelbagai kaum, Melayu, Iban , Cina, Beketan dan Tanjung untuk berjumpa dengan ketua menteri supaya dia tidak berasa ragu-ragu yang masyarakat di situ menyokong pembinaan empangan Baleh.

“Dengan ini (empangan), kita akan mempunyai rangkaian yang menarik dan akan menjadi katalis kepada pembangunan untuk penduduk Baleh. Kerana itulah penting untuk saya sebagai wakil rakyat kawasan Baleh untuk pembinaan empangan Baleh ini perlu diteruskan supaya jalan dan pelbagai lagi pembangunan lain akan berlaku selepas itu.”

Tanpa sebab lain, penyokong empangan Baleh yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjotveit pastinya sedang tersengih besar kerana pembinaan empangan di Sarawak memang kerjanya.

Semua ini berlaku pada 10 September, tidak sampai dua bulan selepas timbalan pengerusi PKR negeri See Chee How telah mendesak Adenan pada 14 Julai untuk menghentikan proses tender kerja-kerja utama melibatkan kos berjumlah RM9 juta untuk empangan Baleh 1,285 MW dengan alasan SEB tidak diberikan masa mencukupi untuk memeriksa laporan penilaian kesan sosial dan alam sekitar (SEIA) projek tersebut.

“Masa mencukupi perlu diberikan kepada orang awam untuk meneliti laporan SEAI dan selepas maklum balas diterima, kerajaan perlu memeriksa projek (empangan Baleh) sebelum memutuskan mahu meneruskan atau tidak projek itu.

“Dengan hanya tiga bulan, tidak betul untuk SEB meneruskan proses tender. Tambahan pula, ketika mereka mengeluarkan laporan SEIA, SEB juga mengesahkan yang laporan itu tidak termasuk kajian pergerakan seismic,” See dipetik berkata.

Sementera itu pada pertengahan bulan Jun, wakil rakyat Bukit Lintang telah bercakap panjang lebar mengapa perlu dia mendesak kajian seismic dilakukan untuk semua empangan sedia ada di Sarawak dan empangan Baleh yang masih dalam cadangan.

Dia telah meminta Adenan mengarahkan Sjotveit yang kedua-dua EIA empangan Baleh dan Baram perlu disertakan dengan kajian penilaian kerosakan seismic untuk kerajaan Sarawak mempertimbangkan keberterusan kedua-dua projek empangan tersebut.

Kebimbangannya, katanya, adalah Sjotveit akan mengabaikan laporan penilaian seismic empangan Baleh sepertimana yang dia pernah lakukan dalam penilaian empangan Murum sebelum ini.

Menurut See, kajian penilaian laporan impak alam sekitar untuk empangan Murum yang disiapkan pada tahun 2008, mengelaskan projek itu sebagai “risiko tinggi”, sementara laporan EIA pula menyatakan yang sekiranya empangan itu gagal berfungi ia akan menyebabkan “kemusnahan besar setanding dengan empangan Bakun”.

See juga menambah yang “permodelan yang dilakukan menunjukan kegagalan empangan Murum dan Bakum mempunyai potensi besar memusnahkan penempatan masyarakat di hilir empangan dan persekitaran empangan”, dan mengkategorikan kemusnahan itu sebagai “musibah besar”.

Pastinya, semua pemimpin Baleh yang datang bertemu Adenan tidak akan menjangka mengetahui semua perkara ini.

Siapa pula akan memberitahu mereka? Masing? Sjotviet?

Dan hanya kerana mereka tidak tahu, andaikan juga penduduk di kawasan tersebut juga tidak tahu, dan kerana itulah empangan Baleh tidak perlu di bina- terutama sekali kerana ianya adalah satu-satunya harapan penduduk di situ untuk mempunyai jalan bertar dan semua pembangunan yang akan datang meluru masuk selepas itu.

Pemimpin masyarakat setempat itu perlu melawat penduduk yang terjejas oleh empangan Batang Ai, atau empangan Bakun untuk melihat kehidupan di Sungai Asap misalnya.

Pergilah, teman-teman, melihat adalah mempercayai. Anda akan terkejut.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget