PEDAS minta Adenan mohon maaf gurauan berkaitan wanita Iban


MIRI: Pertubuhan bukan kerajaan berasaskan kaum Dayak semalam menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memohon maaf kepada masyarakat Iban di negeri ini berhubung isu gurauannya.

Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) dalam kenyataannya di sini semalam berkata kenyataan Ketua Menteri itu walaupun sekadar bergurau, namun telah menyinggung perasaan kaum Iban, khususnya golongan wanita.

Menurut PEDAS, persatuan itu ‘bersuara’ sebagai mewakili masyarakat Iban yang tidak berpuas hati dengan gurauan tersebut yang dianggap merendahkan maruah dan martabat golongan wanita Iban dan menurut PEDAS, jika masyarakat Iban tidak peka dan bersuara mengenai perkara tersebut maka seluruh kaum mereka akan dianggap bersetuju dengan kenyataan beliau walaupun bagi Adenan ia hanyalah sekadar gurauan.

“Saya berasakan sebagai Ketua Menteri dan pemimpin nombor satu negeri ini beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan atau gurauan seperti itu, kerana ia merupakan satu penghinaan kepada wanita Iban di negeri ini,” kata Setiausaha PEDAS Bill Kayong.

Menurut Bill lagi, PEDAS yang membantah gurauan seperti itu, lebih-lebih lagi diucapkan pada majlis terbuka dihadiri ribuan masyarakat berbilang kaum dan kini menjadi isu hangat diperdebatkan di media sosial, meminta agar Adenan menarik balik gurauan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada kaum Iban.

Sehubungan itu, PEDAS juga mahu NGO-NGO lain khususnya NGO Dayak termasuk Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) supaya tampil bersama PEDAS untuk menuntut permohonan maaf daripada Ketua Menteri.

- Borneo Post Online

Post a Comment

gurauan harus berpada pada.....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget