'Tamak kerusi': PKR persoal DAP Sarawak



Semalam, DAP mula memberi kata dua kepada PKR sama ada mahu memilih PAS atau DAP untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional di Sarawak.

Maka wujudlah beberapa respon menarik dari pimpinan mahupun para penyokong PKR Sarawak.

Tertarik dengan status satu akaun laman sosial Facebook, Leslley Kalom, yang mempersoal ketamakan DAP dalam merebut kerusi kawasan bandar pada pilihanraya sebelum ini.

Macam mana kalau PKR bertanding di kesemua kerusi kawasan bandar dan Dap bertanding di kawasan luar bandar? Mun PKR sik bertanding kerusi luar bandar yang lain ariya, sapa mok bertanding? Mok beri BN menang tanpa bertanding? Lepas itu cakap PKR tamak?
Ikuti luahan penyokong PKR berkaitan isu 'tamak kerusi' yang dilemparkan oleh DAP Sarawak:

"Mintak maaf, rasa terpanggil merik pendapat sigek duak.
Dap Sarawak boleh la cakap besar. Dia cakap Pkr Sarawak bertanding 41 kerusi tapi cuma menang 3 kerusi saja sedangkan Dap bertanding 15 kerusi dan menang 12 kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas pada tahun 2011.

Soalan mudah untuk Dap Sarawak, daripada 15 kerusi, berapa kerusi yang kamu tanding di kawasan luar bandar?

Berapa kerusi yang Pkr tanding di kawasan bandar?

Kenapa Dap sapu hampir kesemua kerusi kawasan bandar kecuali Batu Lintang dan Senadin yang dia orang bagi sama Pkr?

Kenapa Dap Sarawak tak sanggup berkongsi kerusi2 lain di kawasan luar bandar yang di tandingi Pkr pada PRN lepas? Lepas itu cakap PKR tamak?

Kalau tak silap saya, Dap cuma bertanding di Dun Meluan dan meletakkan Dr John Brian Anthony sebagai calon? Maaf kalau tersilap.

Macam mana kalau PKR bertanding di kesemua kerusi kawasan bandar dan Dap bertanding di kawasan luar bandar? Mun PKR sik bertanding kerusi luar bandar yang lain ariya, sapa mok bertanding? Mok beri BN menang tanpa bertanding? Lepas itu cakap PKR tamak?

Bila sudah sapu hampir kesemua kerusi bandar, sekarang Dap mau cuba menembusi kerusi luar bandar yang selama ini secara tradisi di tandingi PKR. Dalam erti kata lain, meluaskan kuasa.

Tidak ada masalah tapi jangan main palat kata urang Sarawak. PKR sanggup berunding/berbincang tentang pembahagian kerusi tapi bila ada yang sik dapat dipersetujui bersama, jangan lah nyalah PKR mun kehendak DAP sik dapat di persetujui.

So far Pkr Sarawak led by Yb Baru Bian were not confrontational in his approach as he know our common enemy is BN and that above all.

Semoga Dap Sarawak dapat menggunakan kebijaksanaan untuk berbincang dengan Pkr Sarawak demi kepentingan bersama demi rakyat Sarawak yang dahagakan perubahan di negeri yang tercinta ini."

Leslley Kalom
Ketua Pemuda Parti Chap Ayam

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget