Dedah maklumat perbankan, PDRM siasat WSJ


SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 susulan tindakan media berkenaan mendedahkan beberapa maklumat perbankan membabitkan isu wang 1MDB dan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Khalid pada satu sidang media dipetik sebagai berkata, siasatan di bawah akta sama dijalankan kepada mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam membocorkan maklumat perbankan termasuk pihak bank, pegawainya atau sesiapa sahaja yang tidak mendapat kebenaran untuk maklumat berkenaan dari Bank Negara.

"Siasatan terhadap 1MDB itu satu perkara, namun kita juga akan jalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat perbankan yang membabitkan isu itu.

"Ini kerana kita menerima banyak laporan polis berhubung kebocoran maklumat perbankan dan sekiranya perkara ini dibiarkan, ia boleh mengancam ekonomi negara," katanya pada pemberita selepas melancarkan kempen Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Sementara itu, pada sidang media sama, Khalid menegaskan, hasil siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

Dalam perkembangan terbaharu, Perdana Menteri sudah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berhubung artikel mendakwa wang 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.

Najib menerusi firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat yang diemelkan kepada pemilik WSJ, Dow Jones, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.- SH
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget