SCORE | Tarik 18 Projek Besar Dengan Jumlah Pelaburan RM29.43 Bilion

KUCHING:Kerajaan negeri melalui pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah berjaya menarik sebanyak 18 projek besar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM29.43 bilion dengan peluang pekerjaan sebanyak 15,000.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebanyak 14 daripada projek berkenaan melibatkan pelaburan bernilai RM24.17 bilion di Kawasan Perindustrian Samalaju.

Manakala sebuah projek bernilai RM0.6 bilion di Mukah dan dua projek bernilai RM2.11 bilion di Tanjung Manis dan sebuah lagi projek bernilai RM2.55 bilion di Tanjung Kidurong.

“Selain tiga syarikat yang sedang beroperasi di Samalaju, dua lagi syarikat iaitu Pertama Ferroalloys Sdn Bhd dan OM Materials (Sarawak Sdn Bhd) kini sedang dalam pembinaan kemudahan dan loji masing-masing.

“Manakala Asia Advanced Materials Sdn Bhd telah menyiapkan kerja-kerja di tapak kawasan pembinaan bersama dua lagi syarikat iaitu Elkem Carbon Malaysia Sdn Bhd dan Cosmos Chemical Bhd.

“Enam lagi syarikat telah diberikan lesen perkilangan sehingga Perjanjian Pembelian Tenaga syarikat berkenaan diluluskan,” katanya ketika membuat penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Tambah beliau, terdapat beberapa lagi syarikat yang masih dalam usaha mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri di kawasan SCORE di Samalaju.

Comtec Solar International (Malaysia) Sdn Bhd akan siap loji air dan ‘ingot solar’ dan sekiranya siap akan berjaya menjana 1,000 megawatt menggunakan papan solar dengan memberi 1,300 peluang pekerjaan kepada rakyat, jelasnya.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri akan sentiasa berusaha menarik pelaburan bagi pembangunan SCORE dan mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkatperingkat dan selepas pelaksanaan jalan perhubungan mampu meningkatkan ektiviti ekonomi setempat dan kawasan sekitar dan menikmati kemudahan awam seperti bersosial dan sekolah.

Pelbagai prasarana seperti jalan raya ke projek tenaga hidroelektrik (HEP), sebuah lapangan terbang, pelabuhan laut dalam, kawasan perindustrian dan kemudahan asas bekalan elektrik, air bersih dan komunikasi sedang dilaksanakan bagi menarik pelabur.

Setakat ini projek yang telah dilaksanakan adalah jalan raya yang dihubungkan ke Empangan Hidroelektrik Murum, Projek Perbekalan Air Samalaju melibatkan loji perawatan air 80 MLD dan lima MLD di kawasan tadahan serta kemudahan pelabuhan interim di Samalaju.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget