Fenomena ini diketahui berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia, satu daripadanya ialah di Sri Aman. Ombak muara biasanya berlaku pada hari ketiga dan ke-18 dalam kalendar Cina dan bagi masyarakat di sini ia bagaikan satu pesta kerana pada masa ini pemilik bot serta golongan remaja akan cuba melungsuri ombak gergasi setinggi lima kaki itu yang menghempas di tepian bandar Sri Aman.
Dilancarkan pada 2001, Pesta Benak ini merupakan antara acara utama di dalam kalendar pelancongan Sarawak dan disambut bersama pesta sukan air, pertunjukan kebudayaan dan pameran kraf.
Selain daripada Pesta Benak, Suatu ketika dahulu, Sungai Batang Lupar juga dikenali kerana di situlah berlakunya serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Disinilah juga tempatnya buaya Bujang Senang mengganas dan membunuh banyak nyawa pada tahun 90-an. Antara mangsa Bujang Senang ialah kanak kanak yang mana pencarian mayat mereka berakhir dengan penemuan menyayat hati. Bujang Senang mempunyai kebolehan licik melarikan diri daripada pawang dan penangkap buaya profesional sehingga pada suatu ketika ia dianggap sebagai binatang jelmaan.
Namun, kejadian serangan buaya itu hanyalah menjadi satu sejarah silam kepada penduduk di Batang Lupar.-sarawakiana
Post a Comment