Isu tol: Kenyataan Fadillah disalah petik

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadillah Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) bersetuju menyusun semula kadar tolnya.

Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Fadillah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan semula yang dilaksanakan Plus dan diumumkan pada 17 November, 2011.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching, semalam.

Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan sebarang kenaikan.

Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan menyatakan bahawa Plus, yang memiliki konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol. - Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget