Buaya ditangkap di Lubok Kepayang Saratok


Di Saratok seekor buaya sepanjang kira-kira 10 kaki yang menghantui penduduk di Lubok Kepayang, Hulu Awik di sini sejak tahun lalu berjaya ditangkap oleh se­pasukan kakitangan Jabatan Perhutanan Sarawak, malam kelmarin.

Seorang penduduk dikenali Ujang berkata, buaya tersebut sering kelihatan merayau-rayau, timbul dan berjemur di pangkalan tempat penduduk mandi-manda.

“Situasi itu menimbul kerisauan kepada penduduk terutama pelajar sekolah berhampiran yang sering menggunakan sungai terbabit menjalankan aktiviti harian.

“Bimbang dengan ke­jadian ini kerana tidak mus­tahil pada masa akan datang ada penduduk kampung menjadi mangsa, penduduk mengemukakan masalah itu kepada pihak berwajib,” kata Ujang ketika ditemui semalam.

Dengan penangkapan buaya tersebut, penduduk berasa lega dan berharap pihak berkuasa memantau ke­hadiran reptilia yang berada di sepanjang sungai tersebut terus membiak.

Buaya ditangkap dengan menggunakan perangkap jenis sangkar yang diletakkan di suatu kawasan menjadi lokasi kegemaran buaya berk­enaan muncul.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget