Yayasan Sarawak tidak membantu 43 pelajar cemerlang, kata Chong


KUCHING : Seramai 43 pelajar cemerlang telah ditolak permohonan biasiswa mereka oleh JPA untuk melanjutkan pendidikan ke luar negara.

ADUN Kota Sentosa (DAP) Chong Chieng Jen berkata, 43 pelajar berkenaan telah mencapai keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa yang berlaku kerajaan membatalkan program tersebut selepas 2 tahun selepas program tersebut dilaksanakan.

"Sebelum ini JPA telah berjanji akan memberi biasiswa ke luar negara jika para pelajar mencapai keputusan yang cemerlang," katanya.

"Mereka ini ada yang ditawarkan belajar di Universiti yang berprestij di luar negara," jelasnya.

Beliau turut memberitahu apabila JPA telah membatalkan program biasiswa tersebut, Ketua Menteri Sarawak telah membuat keputusan bahawa Yayasan Sarawak akan membantu.

"Malangnya Yayasan Sarawak tidak membantu," ujarnya.

"Yayasan Sarawak tidak membantu kerana Yayasan tidak menawarkan biasiswa untuk belajar ke luar negara," tambahnya.

Chong yang bercakap pada sidang media di Bangunan DUN Sarawak sebentar tadi turut menyatakan beliau telah menerima mesej pelajar berkenaan semasa pilihanraya yang lepas.

Menurut Chong keseluruhan 43 pelajar berkenaan akhirnya tidak melanjutkan pendidikan ke luar negara dan menuntut di Universiti tempatan.-Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget