ADUN Tanpa Parti Bukan Masalah PBB


KUCHING : Kongsi kuasa adalah semangat Barisan Nasional dan memastikan perpaduan serta kestabilan politik di Sarawak.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr. Stephen Rundi menjelaskan pada Sidang Media di DUN sebentar tadi, bahawa beliau memahami perasaan parti SPDP dan SUPP berkenaan perkara tersebut.

Menurutnya, perkara itu telah dipersoalkan begitu lama dan hal tersebut telah dipanjangkan sebelum dan selepas pilihan raya lagi.

"Saya masih ingat YAB Ketua Menteri telah menasihati mereka agar setiap permasalahan diselesaikan secara perbincangan keluarga.

"Malah parti tersebut telah diberi diberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah dalaman parti mereka sendiri," katanya.

Rundi turut menyentuh berkenaan kebebasan kepartian serta menasihati ADUN BN yang tidak berparti agar melihat secara serius untuk kembali kepada parti asal mereka.

"Tetapi jika mereka menolak untuk kembali kepada parti asal, apa yang kami boleh buat, kami tidak boleh membiarkan mereka tidak berparti di luar sana," ujarnya.

"Saya tidak mempengaruhi mereka untuk menyertai PBB, mereka boleh menyertai mana-mana parti melainkan DAP dan PKR. Kami akan menentang jika berlaku tindakan tersebut," tambahnya.

Beliau memberitahu jika Dr Sim (SUPP) dan Dato' Sri Tiong (SPDP) perlukan mereka, panggil balik ADUN tersebut masuk parti mereka dan PBB tidak menghalang tetapi jika mereka menolak dan ingin menyertai PBB juga, PBB tidak dapat berbuat apa-apa.

"Konsep kongsi kuasa sudah diamalkan jadi lebih baik parti komponen Barisan Nasional duduk semeja berbincang serta menyelesaikan masalah dengan baik dan bukan caranya bercakap kepada media dan ia tidak akan menemui jalan penyelesaian.

"Saya perlukan menyatakan tanpa bantuan PBB untuk menyarankan semua parti komponen BN untuk bekerjasama, tidak mungkin kita akan mencapai kemenangan 72 kerusi pada hari ini," tegasnya

Beliau menggesa agar BN lebih menumpukan agenda pembangunan rakyat dan bukan memikirkan perkara yang boleh dibawa berbincang bersama secara keluarga kerana PRU 14 akan berlangsung dalam jangka waktu dua tahun lagi dan parti komponen BN perlu bekerjasama untuk menghadapi PRU nanti.

Menjawab kenyataan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing, Rundi menjelaskan bahawa keputusan 9 ADUN berkenaan bukan masalah PBB tetapi masalah parti mereka.- Sarawakiana
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget