SADIA, S4S perjuang hak 18 penduduk tempatan dapatkan kerakyatan M’sia


KUCHING: Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) dan Sarawak For Sarawakians (S4S) akan terus memperjuangkan hak 18 penduduk tempatan untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Usaha mendapatkan sijil kelahiran kesemua individu daripada pihak berkaitan menemui jalan buntu apabila permohonan ditolak oleh pentadbiran di Putrajaya.

Menurut Advocate Hak Asasi Manusia yang juga aktivis SADIA Karen Sherperd, perkahwinan dua negara antara isu yang mengakibatkan anak pasangan tidak didaftarkan sebagai warganegara Malaysia.

“Ibu bapa yang berkahwin dengan rakyat warganegara lain antara isu utama dalam kes ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi perjumpaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sarawak di Jalan Simpang Tiga di sini, semalam.

Mengulas lanjut, ketiadaan sijil kelahiran yang sah turut memberi kesan kepada kanak-kanak untuk bersekolah, malah mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan pendidikan di peringkat sekolah.

Menjelaskan perkara itu, Karen berkata isu tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia melanggar hak asasi manusia.

‘’Oleh itu kita mahu mengenal pasti apa sebenarnya masalah yang berlaku dalam sistem di negara ini.

“Kita tidak mahu kanak-kanak yang tidak bersalah ini ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka juga berhak untuk bersekolah seperti orang lain,” ujarnya.

Menurutnya, hasil perbincangan dengan JPN Sarawak yang turut dihadiri 18 orang dari beberapa kampung di daerah Serian dan Kapit, pihaknya akan mengutarakan perkara tersebut kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Karen berharap Ketua Menteri Sarawak akan mengambil perhatian terhadap kes yang dihadapi kumpulan yang turut melibatkan kanak-kanak sehingga individu berusia 60 tahun.

Sementara itu, anak-anak pasangan Kuin Mani, 70, dan Mintin Tinggal, 31, yang berkahwin secara sah turut terkesan dengan masalah tersebut.

Difahamkan isterinya merupakan warganegara Indonesia.

Isabela Kuin, 13, dan Ica Kuin, 11, gagal meneruskan persekolahan dan terpaksa menamatkan sesi itu setakat Tahun Lima (Isabela) dan Tahun Tiga (Ica) sahaja berikutan ketiadaan sijil lahir.

Malah, Kuin pernah menjalani ujian DNA untuk tujuan pengesahan namun tiada sebarang keputusan diperoleh meskipun dikehendaki membayar sebanyak RM400 bagi ujian tersebut.

Hadir sama pada perjumpaan semalam, aktivis S4S Peter John Jaban.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget