Saham Berkaitan Sarawak Dijangka Dapat Perhatian Dengan Pilihan Raya Negeri


KUALA LUMPUR: Saham berkaitan Sarawak di Bursa Malaysia bermungkinan mendapat perhatian memandangkan negeri itu bersedia untuk menghadapi pilihan rayanya yang ke-11.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan akan mengadakan pilihan raya negeri pada Mac 2016 semasa acara sambutan Tahun Baru di Kuching.

AmInvestment Bank, dalam laporan sektornya, kata kerajaan Barisan Nasional dijangka dapat mengekalkan penguasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan kerusinya kini ditambah kepada 82 kerusi.

Spekulasi semasa ialah pilihan raya mungkin diadakan paling awal pada Februari dan paling lewat pada Mei. Dalam tempoh itu, ia juga boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh pada 20 Jun 2016.

"Dari awal 2016, kami menjangka saham Sarawak berada di bawah dagangan pilihan sempena pilihan raya dan di sini sekali lagi, kita menyatakan perkembangan terkini serta prospek syarikat di bawah liputan kami," kata penganalisisnya Thomas Soon.

Syarikat-syarikat itu termasuk syarikat pembinaan Cahya Mata Sarawak (CMS), Sarawak Cable Bhd, Hock Seng Lee (HSL), KKB Engineering and Naim Holdings, katanya.

Soon berkata yang lain termasuk saham Jaya Tiasa dan Ta Ann, serta Bintulu Port.

Sarawak baru-baru membentangkan bajet negeri yang dipacu pilihan raya negeri bagi 2016 melibatkan RM8.04 bilion, meningkat 26.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia termasuk peruntukan RM5.97 bilion untuk pembangunan - jalan raya, bekalan air bersih dan untuk sektor pertanian.

Pembangunan luar bandar khususnya akan menerima peruntukan sebanyak RM2.65 bilion, meningkat 13 peratus berbanding 2015.

Sarawak mempunyai rizab berjumlah RM27 bilion.

Selain daripada bajet negeri, Sarawak juga dijangka mendapat manfaat yang besar daripada pembinaan Lebuh raya Pan Borneo bernilai RM27 bilion yang dibiayai kerajaan persekutuan.

Bahagian di Sarawak melibatkan 1,090 kilometer yang akan dibina pada kos kira-kira RM15 bilion, bakal dilaksanakan melalui rakan projek, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, dan dijangka siap pada awal 2023.

"Kami difahamkan sejumlah 10 pakej akan diperkenalkan secara berperingkat. Yang terkini, kami difahamkan antara 12 dan 15 konsortium yang melibatkan firma tempatan dan dari Semenanjung Malaysia telah memenuhi pra-syarat," kata AmInvestment Bank.

Kerajaan Sarawak menetapkan entiti tempatan mempunyai ekuiti sebanyak 70 peratus dalam setiap konsortium, dengan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia.

Pembinaan lebuh raya itu bermula Mac lepas dengan pakej awal yang melibatkan laluan 43 kilometer, dengan jumlah nilai kontrak sebanyak RM638 juta.

Pakej kedua melibatkan laluan 33 kilometer yang dilancarkan pada 1 Sept dengan kontrak bernilai RM580 juta.

"Kami percaya pakej lain akan dilaksanakan mulai Januari. Lebuh raya dijangka merangsang pembangunan di dalam dan di luar Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak.

"Dengan itu, CMS, HSL, KKB dan Naim dijangka berpotensi secara langsung dan penerima manfaat secara tidak langsung daripada projek Lebuh raya Pan Borneo," katanya.

Bagi syarikat-syarikat berkaitan bukan pembinaan, AmInvestment Bank berkata, saham yang menjadi tumpuan ialah dalam sektor perkayuan seperti Jaya Tiasa Holdings Bhd dan Ta Ann Holdings Bhd.

-- BERNAMA

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget