Lima maut, bayi lima bulan terselamat


BINTULU - Lima termasuk seorang bapa bersama anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dengan sebuah kereta di Kilometer 77, Jalan Tatau-Sibu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu kereta jenis Nissan Sentra dan empat penumpang iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala seorang bayi perempuan berusia lima bulan terselamat.

Mangsa terbunuh ialah pemandu kereta, Jawan Jungan, 39, bersama anaknya, Marrianne Riyung dan tiga lagi penumpang iaitu Mandah Medan, 30-an, Robin Igat, 49, serta Melati Robin, 24.

Sementara itu, seorang bayi pe­rempuan yang juga anak kepada Jawan iaitu Lorraine berusia lima bulan terselamat dalam tragedi itu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Da­erah Tatau memberitahu, seorang lelaki iaitu pemandu 4WD jenis To­yota Hilux bersama lima penum­pangnya terdiri daripada tiga pe­rempuan dan dua lelaki mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera bersama bayi perempuan tersebut dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan, kereta Nissan Sentra dipandu Jawan dalam perjalanan ke Sibu semasa bertembung dengan Toyoya Hilux yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Kata jurucakap itu, rempuhan kuat menyebabkan kereta Nissan Sentra tersebut terbalik di sebelah kiri jalan.

Tambahnya, punca sebenar kejadian bagaimanapun masih disiasat dan mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penga­rah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan ope­rasi ditamatkan pada pukul 6 petang.

- Utusan Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget