Pilihanraya S’wak: Tindakan See buat PKR hilang undi pendalaman


SEKILAS PANDANG: Pertelingkahan lisan dalam media di antara setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dr Stephen Rundi dan wakil rakyat Baru Lintang See Chee How menjadi topic hangat perbualan dalam kalangan rakyat Sarawak terutama sekali kepada mereka yang terkesan akibat persempadan semula.

Rundi berkata tindakan See membawa kes ke Mahkamah Persekutuan untuk pendengaran kes dan memberikan dia masa untuk rayuan adalah helah sengaja melambatkan supaya kerusi baru tidak digunakan dalam pilihanraya negeri ke 11.

“Bagi saya, sekiranya anda benar-benar popular dan mempunyai sokongan yang baik, seperti yang didakwa, mereka sepatutnya gembira diberikan kerusi tambahan, berbanding melambat-lambatkan dan menafikan hak rakyat mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Rakyat perlu menolak PKR kerana tindakan ini,” hujah Rundi.

See yang jelik dengan kata-kata itu menyerang kembali berkata Rundi “tidak berasas dan tidak menghormati mahkamah kita”.

Dia berkata Rundi gagal memahami yang kepentingan membawa bantahan yang dikenakan ke atas proses persempadanan semula SPR dan kaitan bantahan itu dengan pilihanraya negara yang demokratik dan integirti amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

“ Untuk mengecam permohonan kami di mahkamah tertinggi negara, yang diperuntukan oleh hak dalam perlembagaan kita, Datuk Dr Rundi mengambil risiko besar untuk dianggap oleh rakyat sebagai dangkal dan menghina tahap intelek rakyat,” See dipetik berkata.

Memang benar ia adalah hak perlembagaan See untuk melakukan apa yang dia sedang lakukan, tetapi pemerhatian Rundi juga tidak silap kerana rayuan yang dilakukan boleh menghalang daripada cadangan penambahan 11 kerusi baru negeri dalam pilihanraya negeri akan datang.

Sudah dimaklumi yang matlamat tindakan undang-undang itu ialah untuk membatalkan keseluruhan proses persempadanan semula. Itulah yang cuba dilakukan oleh See dan itulah apa yang dikatakan oleh Rundi.

Antara 11 kerusi baru, kecuali Batu Kitang dan Stakan, yang lain iaitu, Serembu, Triboh, Gedong, Kabong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama, asasnya adalah kerusi di kawasan pendalaman.

Di kawasan pendalaman ini, rakyat berfikir seperti Rundi- mereka mahukan kerusi dan ternanti-nanti untuk mempunyai wakil rakyat sendiri; yang mana mereka tidak dapat melihat mengapa hak mereka untuk mempunyai wakil rakyat sendiri perlu digunakan sebagai bahan perbicaraan dalam mahkamah atas alasan “pilihanraya demokratik dan integriti amalan demokrasi berparlimen di Malaysia”.

Rakyat di kawasan pendalaman yang rata-rata mereka adalah petani, nelayan, pekerja ladang dan buruh kerja am bertanya mengapa mereka menjadi mangsa dalam perjuangan seseorang untuk “pilihanraya demokratik dan integriti amalan demokrasi berparlimen di Malaysia”.

Mereka tertanya-tanya mengapa kerusi di Sarawak menjadi masalah. Mengapa tidak kerusi di Malaya? Bukankah kebetulan yang disengajakan yang See juga merupakan wakil rakyat PKR, sebuah parti berpusat di Malaya?

Hak perlembagaan adalah satu perkara, tetapi rakyat yang mengundi dalam pilihanraya negeri ke 11 akan datang, terutama mereka yang terkesan daripada proses persempadan semula, sama ada akan meraikan atau meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka.

Mudah untuk membayangkan siapa yang akan menerima undi mereka.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget