Raja Thailand Rai Ulang Tahun Pemerintahan

Hua Hin: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, membuat penampilan di khalayak ramai yang jarang dilakukan semalam, bagi meraikan ulang tahun ke-64 pertabalannya, ketika kegawatan politik yang mencengkam negaranya memasuki fasa kritikal.

Penampilan beliau dibuat ketika Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berdepan dua cabaran undang-undang yang mungkin menyaksikan pemecatannya daripada jawatan dalam masa beberapa hari, manakala pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva hujung minggu lalu enggan terbabit dalam pilihan raya Julai ini untuk menamatkan krisis politik.


Memerintah sejak tahun 1950

 
Raja Bhumibol, monarki paling lama di dunia dan dipuja rakyat Thai, ditabalkan pada 5 Mei 1950, walaupun menaiki takhta pada Jun 1946 berikutan kematian abangnya.

Raja berusia 86 tahun ini dilihat sebagai pihak berkuasa moral di Thailand, yang berpecah-belah kerana krisis politik apabila bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera. - AFP
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget