BN | Laluan Lebih mudah jika Presiden GERAKAN Jadi Calon

IPOH: Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendapat gerak kerja dan kempen pergerakan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan menjadi lebih mudah sekiranya Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong menjadi calon BN.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun, berkata ia kerana keluarga Siew Keong tinggal di Teluk Intan selain pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sebelum ini.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan siapa calon bertanding di situ.


"Saya melihat peluang BN jauh lebih baik di Teluk Intan (berbanding Parlimen Bukit Gelugor) walaupun kami menganggap dua PRK ini sama penting. Apa yang pasti, kita (Pemuda BN) cukup bersedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara YBU Education Services Sdn Bhd dengan Institut Automatif Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn, bahawa Siew Keong, adalah calon terbaik BN untuk menghadapi PRK Teluk Intan.-berita harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget